Assalamualaikum WRT
Sana sini berjaya. Semalam jalan2 di sekitar Puchong Prima. Lihat orang jual-jual barang. Meriahnya mereka berjualan. Walaupun hampir tengah bulan, namun orang tidak putus-putus membeli. Di satu gerai menjual One Drop Perfumes, alangkah banyaknya stok yang abang kedai ini ada. Bermacam-macam warna dan jenis bau-bauan dan wangian jenama One Drop yang dia jual. Nak kata menang tangan, memang tidak kena. Berkejar-kejar aku lihat dia melayan pelanggan yang bermacam ragam. Riak cemburu mencurah di hati..
Jumaat, Jun 10, 2011
BERJAYA SANA SINI
Dicatat oleh zaini & nana di 3:28:00 PM 0 ulasan
Sabtu, Oktober 23, 2010
HOT! PEDAS! TERHANGIT!
Macam itulah sambutan orang ramai terhadap minyak wangi ini. Ternyata.. walaupun makin banyak saingan yang timbul kerana pesona wangian ini, Ianya tetap berada di kelas yang tersendiri.
Auranya yang begitu hebat sehinggakan pesaing dari pelbagai jenis jenama timbul bagaikan cendawan tumbuh selepas banjir...macam2 jenama. Semuanya mempromosikan minyak pati tulen yang HALAL.
Semalam, hari ini dan esok, kami berada di pasara tani, puchong prima. Sambutan amat menggalakkan..Belum tau, sila CUBA!
Dicatat oleh zaini & nana di 10:58:00 AM 0 ulasan
Isnin, Januari 25, 2010
PANAS..tetap Hangat!!
Semalam jalan2 di Sungai Sendat dekat2 dengan kawasan perkelahan Ulu Yam..kira satu aliran sungai dengan ulu yam la tu. Kami pergi konvoi 4 kereta beramai2 berkelah ke sana dari pukul 8 pagi sampai 4 petang.
Yang nak Story kat sini, bukan pasal keaslian hutan 'dara'nya yang belum tercemar tetapi pasal pelawat2 nya yang datang dari semua ceruk dengan pelbagai gaya dan ragam..Sesekali nampak anak dara yang agak muda sekitar umur 12 tahun membonceng motosikal 'jantan' yang baru berkokok sambil memeluk erat pinggang lelaki bukan muhrimnya tu...emmm
Dan yang best sekali, ada di antara pelawat yang sempat menjual One Drop Perfumes dengan membawa katalog2 terbaru minyak wangi tersebut...KAGUM kami melihat kesungguhan ANAK MUDA tersebut yang sanggup menebal muka datang ke setiap kumpulan yang datang ke Sungai Sendat ini. BAgus betul dia...
Selepas puas berjalan dari bawah sampai ke atas tempat air terjun, dia dan temannya terus tunggu di bonet kereta yang terbuka dan terbentang One Drop Perfumes yang pelbagai jenis dan kotak...
dan dia tetap PANAS dengan jualannya di sekitar kami yang kesejukan di simbah air terjun Sungai Sendat..
Dicatat oleh zaini & nana di 10:36:00 AM 0 ulasan
Sabtu, September 05, 2009
kiutnyeee...hangat kat internet
(MEMPUNYAI 4 BOTOL YG BERLAINAN JENIS)
WANGIAN DI DALAM SETIAP BOTOL MINI SET INI DIPILIH HANYA YG TERBAIK DARI YG TERBAIK UNTUK ANDA....
DAPATKAN SEGERA DAN JADIKANNYA SEBAGAI SALAH SATU KOLEKSI ANDA UNTUK HARI RAYA INI.... HANYA DI SINI
Dicatat oleh zaini & nana di 12:31:00 PM 0 ulasan
Ahad, Ogos 23, 2009
Tarawikh Rasa tak Sempurna tanpa...
Dicatat oleh zaini & nana di 11:28:00 AM 0 ulasan
Jumaat, Ogos 21, 2009
Maaf Atas Keterlewatan

MAAF...sebelum kalam ini berlarutan, kami dahulukan dengan seribu kemaafan buat beberapa pengedar dan pembeli dari BIZONEDROP. Hari ini kami berkampung lagi di Hospital Putrajaya kerana anak sulong kami ada tanda2 deman selesema H1N1.
TULISAN kali ini bukan berkenaan One Drop Perfumes secara langsung. Tapi secara tidak langsung kami tidak terkecuali terlibat sama akibat wabak yang semakin menjadi2 ini. Semalam, kami satu famili besar berkampung di Hospital Serdang lebih tepat lagi di Klinik Kardio.... (berkenaan jantung). Bapa saya Zailan Md Ali, berkemungkinan besar akan di by-pass kan pada 2/12/09. Kami sekeluarga diberi penerangan setiap kemungkinan dan kepayahan (risiko) yang timbul sekiranya membuat major surgery ini atau tidak membuatnya.
Kami semua setelah diberi peluang bersoal jawab dengan doktor Jasmeena berkaitan perkara tersebut dan abah khususnya memberi persetujuan untuk dijalankan by-pass tersebut. Baru kami tahu, bahawa 3 saluran darah di jantung abah semakin menyempit dan salah satu darinya 100% telah tersumbat..Ya ALLAH..
PETANG semalam, guru Smart Al-Quran Anak sulung kami (Syakir) menghubungi kami dan memberitahu bahawa Syakir demam panas secara tiba2. Terus kami membawa ke klinik Putrajaya untuk mendapatkan rawatan. Mengikut kata doktor, tanda2 H1N1 seperti batuk, selesema, sakit tekak, suhu badan yang tinggi 38 + sudah ada. Dia beri tempoh 3 hari sekiranya tidak baik, datang semula ke klinik atau hospital untuk dapatkan rawatan yang sepatutnya.
AKU seperti tidak puas hati, kalau dah ada tanda2, teruslah bagi ubat antivirus yang diwar2kan tu? Sebab yang aku baca di akhbar, ada pesakit kanak2 yang maut hanya beberapa jam selepas mendapatkan rawatan awal (demam biasa kot)..Kalau aku salah, minta maaf..
Malam tadi, bergilir2 kami menjaga Syakir. Suhu badannya kekal panas walaupun setelah diberi ubat. Haruskah aku memberinya ubat bontot? (maaf)..Kain yang didemahkan ke seluruh badannya terutama kepala jadi suam2 kerana suhu yang tinggi..Aku juga amalkan penggunaan air asam jawa ke seluruh badannya.
PAGI ini, akibat tidak kurang suhu badannya..kami berkampung sekali lagi di Klinik Putrajaya. Sekiranya kami sempat mengeposkan One Drop Perfumes pada pengedar dan pembeli hari ini seperti yang dijanjikan..ALHAMDULILLAH..kalau tidak, maaf kami pohonkan.
Dicatat oleh zaini & nana di 9:43:00 AM 0 ulasan
Selasa, Ogos 18, 2009
Bila Rezeki Melimpah di Sini
STOK semakin berkurangan, permintaan semakin bertambah, memaksa kami kembali memborong di HQ berdekatan. Keluar dari lif, terkejut seketika. Jam baru merangkak ke angka 11 pagi, tapi di sini orang ramai berpusu2 keluar masuk dari One Drop Sdn Bhd. Ada yang datang berseorangan, ada yang berdua bersama kakak, bersama adik, ada juga yang datang ke sini mengangkut satu keluarga. Terdapat juga bangsa lain India dan Cina yang semakin ramai turut sama berkongsi rezeki One Drop Perfumes.MEMANG betul..jual One Drop memang mudah, permintaan SETAKAT ini sentiasa memberangsangkan, tambahan pula raya AIDILFITRI yang bakal mendatang. Seperti kami, yang setiap Sabtu dan Ahad membuka payung di pasar tani Puchong Prima, permintaan dan pertanyaan orang ramai mengenai produk ini sentiasa HANGAT setiap kali. Kami juga sentiasa berkira2 sekiranya ada MODAL besar, kami berhasrat untuk membuka satu stokis kecil di kawasan kami..Insyallah..
ORANG ramai mengerumuni kaunter One Drop. Kayaknya seperti semut yang mengagumi gula. Masing2 dengan flyers di tangan berkira2 untuk membeli berapa set. Ada yang baru untuk berkenalan dengan One Drop, ada yang mencuba set percubaan yang diletakkan di kaunter, ada yang sibuk melayan karenah anak2 ada yang sibuk menyusun atur kotak2 yang baru sahaja dibeli. Semuanya dengan satu tujuan, untuk meraih rezeki dan pendapatan 'lebih' di bulan Ramadhan.
TEMAN di sebelah kami tanpa memperkenalkan diri seperti sahabat lama memberitahu, bahawa jualannya yang lepas menjangkau lebih 3k hanya baru 5 bulan bersahabat dengan One Drop. Alhamdulillah! Dengan rianya BELIAU kali ini memborong 8 kotak besar yang keseluruhannya mengandungi 400 set perfumes One Drop berlainan jenis. Wow! hangat betul brader ni..
Hiruk pikuk pagi ini di sini. Masing2 berpuas hati setelah mendapat set yang diharapkan. Mohon pada pihak One Drop agar di masa depan supaya stok tidak akan kehabisan seperti bulan lepas. Mohon ditambahkan pengeluaran stok dan import bahan demi mengisi permintaan orang ramai di masa perayaan ini. Kami juga keluar dari HQ One Drop ini dengan muka yang senang hati dengan tangan yang penuh dengan kotak2 One Drop Perfumes by egyptian potion sambil dibantu dengan pembantu jualan yang menolak troli yang sarat dengan muatan. Satu Harapan agar Semua PUAS HATI.
Dicatat oleh zaini & nana di 10:29:00 AM 0 ulasan


